BACKGROUND

Monday, March 7, 2016

KENAPA KAU TAK NAK APPLY STPM ?

Okay.
Aku ditujah dengan banyak mesej daripada anak-anak lepasan spm demi untuk mengetahui justifikasi terbaik aku tentang kenapa STPM bukan pilihan anak-anak bahalol yang masih ada rasa sudi hendak belajar.

Dalam bahasa senang.
Cikgu, kenapa saya kena apply STPM ?
STPM bukan untuk orang gagal teruk ke ?
Saya masih ada A, takkan tak boleh nak sambung dekat U ?

Anak-anak.
Ini jawapan aku.
Pukal, terus dan langsung.

Tapi.
Kau kena jelas.
Ada tiga prinsip aku dalam penulisan yang agak berat sebelah ini :

1- Kalau kau pernah dapat RESULT SAMPAH (ikut definisi kaulah sampah tu macam mana, tapi pada aku, ada je E, itu sejenis virus sebahaya dengan level kuman vibrio cholerae) dalam SEMUA exam besar sepanjang pakai baju sekolah, dan kau rasa malu, lifeless, good for nothing, tapi kau masih ada feeling NAK RASA DAPAT RESULT BEST BERLATAR BELAKANGKAN SEKOLAH plus kau nak sukakan hati mak  abah kau, cikgu-cikgu kau, dan menjeleskan bekas crush dan bae kau yang berjaya dapat banyak A, kau boleh baca coretan yang seterusnya.
Sebab aku nak membebel panjang.

2- Kalau kau memang hamak nak belajau luar, kolej ke, unibesiti ke, matrik ke, ah tak kesah kat mana, asalkan BUKAN SEKOLAH, kau dah boleh berhenti baca dan off data handphone kalau iphone mahal kau cuma pakai data maxis je.
Itu pun yang bangsa sehari rm2 je tu pastu ajet-ajet begambau depan cermin pastu post kat ig dengan kepsyen 'bae gaji niari. bae lanje aye tutifruti'
Pasal sekali lagi aku cakap.
Entry kali ini panjang.
Oh dan ya.
Harga cinta kau di mata bae engkau cumalah senilai dengan harga tutifruti.

3- Tapi kalau memang kau tak tahu langsung pasal macam mana nak buat lepas dapat keputusan, dan stpm adalah salah satu benda yang ada terdetik dekat hati kau walaupun cuma dua saat, ya, kau kena habiskan baca entry kali ni sebab mungkin cakap-cakap aku yang ni boleh bukak hati kau.
Sikit,
Mungkin.

Anak-anak.
Kau juga kena tahu.
Belajar dekat mana-mana pon TAK PENTING.
Kau sambung sijil, ambik kemahiran, masuk matrik, try poli, dapat kolej, cuba asasi atau memang diterima untuk diploma, tu semua TAK PENTING.

Yang pentingnya KAU MINAT dan KAU BOLEH BAWAK.

Aku bukan orang terlayak untuk terangkan dengan panjang lebar tentang apa bagusnya yang ini, apa kurangnya yang sana sebab aku memang cuma seorang bekas pelajar stpm.
Jadi pengamatan aku terhad.
TAPI.
Aku mungkin.
Salah seorang bukti.

STPM PILIHAN TERBAIK, InsyaAllah !

Ini.
Mungkin sedikit justifikasi aku.
Yang mungkin tak seberapa sangat.
Tapi bolehlah.
Kalau-kalau korang sudi berfikir sama dan pertimbangkan.
Tentang kenapa STPM mungkin, pintu rezeki kau dalam medan ilmu yang jauh lebih besar dan panjang.

1- Jimat duit pasal takde yuran mahal-mahal (cuma yuran sekolah, pibg, ha ape lagi yuran lain sikit-sikit mungkin)

2- Masih dengan family so makan minum semua mak abah sediakan (kalau tak duduk hostel. tapi kalau duduk hostel, acik-acik kantin ada, sehari namkali makan)

3- Dah biasa dengan tenaga pengajar sebab tu semua cikgu-cikgu kau kat sekolah (kalau sekolah yang sama, kalau tak sekolah yang sama, kau boleh usha junior spm kau kot ada yang lawa-lawa dan boleh dijadikan bakal isteri-- okay ini dah menyimpang. kihkihkih)

4- Tak rasa kejutan budaya pasal sebelah sekolah kau cuma ada kolam ikan terbengkalai tak macam kalau kau belajar kolej, contoh, sebelah kolej ada shopping mall, tetiap bulan ada offer branded blouse with affordable price katanya-- (kalau bapak kau kaya, takpe. kalau bapak kau dahla dah tua, kerja tak menentu, dan kau berani mintak duit macam-macam semata-mata nak beli hamjadah ni semua, i bet you, kau payah nak score pasal takde berkat)

5- Sistem dia pon dah pakai ikut semester woi.
InsyaAllah lagilah senang kau nak score.
Tak macam zaman kami dulu.
Kau belajar pasal kenapa tercetusnya dahagi dekat India masa bulan 7 awal masuk tingkatan enam.
Nah kau kena ingat benda ni sampai bulan 11 tahun depan.
Dan sekali tak masuk dalam exam walaupun cikgu-cikgu dan para penceramah meramalkan ini akan masuk dalam exam sebenar.
Betapa patah hati kau bukan ?
Sebab inilah yang aku alami dulu woi.
Kahkahkah !

KAUTILYA.
Sampai mati ni lah jantan asing paling special dalam hidup aku.
Kahkahkah.

Well, ini salah satu topik paling aku suka dan mendalam aku kaji dengan harapan masuklah dalam stpm.
Dan bukan rezeki aku.
Kautilya tersengih je bila tahu yang dia tak masuk dalam paper aku masa tu !
But still, i did my very best on the paper.
Alhamdulillah.
Dapat A untuk paper yang sepanjang hidup aku belajar dulu, nak dapat b- pon PAYAH, tapi dalam stpm, dah direzekikan dengan takdir yang manis.

So aku rasa sistem stpm sekarang ni yang dah ikut sistem semester memang insyaAllah membantu korang untuk score.
Tinggal lagi kau nak atau tak nak je untuk ubah nasib sendiri.

6- Kau akan matang secara automatik bila masuk tingkatan enam.
Part yang ni aku nak describe macam mana pon payah eak.
Pasal entah.
Benda ni pon jadi kat aku.
Mungkin faktor pertambahan umur.
Tapi mungkin jugak memang faktor aku masuk tingkatan enam.
Aku rasa aku lebih matang.
Dalam berfikir.
Dalam bertindak.
Dalam belajar.
Dan yang penting.
Dalam hidup.
Padahal.
Kawan-kawan masa tingkatan enam memang hampir semua budak-budak tak cukup A macam aku masa spm.
Tapi entah.
Kami rasa benda yang kami tak rasa masa tingkatan lima.
Aku pon tak tahu nak cakap apa benda sebenarnya rasa benda tu.
Kau rasalah sendiri nanti.

7- STPM laluan termudah nak sambung degree.
Ini kisah betul.
Pasal level stpm bukan calang-calang orang berani ambik (aku tak tahu sejauh mana kebenarannya, tapi aku pernah baca satu kenyataan, exam stpm adalah exam kelima tersusah dalam dunia, dan ketiga tersusah dalam asia tenggara)
Kalau memang ia betul, aku syak aku adalah salah seorang asko gemok yang berjaya di medan perang.
Kalau pon ia tidak betul langsung, aku tetap syak aku adalah seorang asko gemok yang berjaya di medan perang.
Pasal ape kau nak tahu ?
Kau try lah ambik kita tengok jauh mana pergi dia.
Kahkahkahkah.

Aku taknaklah takut-takut kan kau yang stpm ni maha dahsyat payah nak mati.
Tapi.
KALAU KAU ADA USAHA.
InsyaAllah, U mana kau nak, kau impi.
Kau perform dalam exam, dapat result, lalu selamat terbang tinggi.
:)

8- STPM- aliran sains kemanusiaan atau sastera/seni untuk budak tak bagus sains, tak pandai matematik.
Ye betul, aku tak nafikan.
Sebab aku salah seorang budak aliran sains tulen masa spm yang hanya pada tamatnya paper addmath dulu, baru menyedari aku TAK TERLAHIR dengan akal yang mencintai fiksyen dan kira-kira.
Tapi apalah erti fizik dan kimia kalau tak wujud BAHASA yang digunakan untuk menerang itu semua.
Sebab inilah seni ilmu.
Semua apa jua saling berkait.
Tak gitu ?

9- Kau jeles tengok kawan-kawan kau pergi class kat matrik pakai baju kurung pakai lawa semua ?
Eh hello sekarang ni pon kau dah bebas nak pakai baju kurung hari raya ke sekolah okay.
Dah boleh melawo jugak.
Cuma beragak sikit.
Jangan sampai kau caras kejelitaan cikgu dahlaaa.
Cikgu kau dahlaaa sendu baru putus cinta.
Tepek lip balm je bagi menutup kedukaan di hati.
Dan kau datang pakai baju level retis.
Mahu tak berkecai hati seorang cikgu itu, anakku ?
Kahkahkah !
Apelah eak.
Tengok kawan-kawan dah boleh pakai baju lawa-lawa pergi kelas pon kau jealous.
Padahal kalau raya, mak kau sampai berbunuh nak ngajak kau tolonglah pakai semenggah sikit kalau ada tamu datang rumah kan.

10- Kau cuma perlu tebus harga diri kau balik dekat sekolah sebab berbelas tahun start tadika kot kau belajar, 1 kejayaan pon kau gagal nak bagi kat mak abah kau.
Kau tak sedih ?
Beriban kot derang berhabis untuk kau.
Ni nak sambung belajau lagi kat luar dengan harapan mak abah kau akan jadi banker kau lagi.
Kesian derang weh.
Kang esok nak degree nak pakai duit lagi.
So apa kata sebelum degree ni.
Pilih tempat belajar yang paling kos murah.
Tapi insyaAllah yang terbagus.
So, STPM lah jawapannya !

:)

Alasan paling utama bagi aku dulu kenapa aku willingly masuk tingkatan enam sebab aku memang malu dengan diri sendiri.
Belajar bertahun-tahun.
Sarung uniform pengawas lagi.
Konon berbaktilah pada sekolah.
Wakil sekolah pergi pertandingan sana sini.
Bawak nama sekolah kampung aku ke tengah-tengah peringkat kebangsaan pon ada.

Tapi.
Belum ada satu benda.
Yang mampu aku kasi pada mak abah aku.
Yang setidaknya mereka mampu betul-betul ikhlas tersenyum bahagia, lapang dada tengok ni ha anak bongsu derang ni boleh pakai jugak sebenarnya akalnya.

Aku masih ingat.
Bagaimana rasanya dinasihatkan oleh kawan-kawan yang sebenarnya derang bukan nasihat--
Tapi lebih kepada sarcasm level dewa dengan dialog yang sampai mati aku takkan lupa.

'basic dalam spm pon kau kantoi deel, ni kan pulak dengan buku2 tebal dalam stpm. kene pakai baju sekolah lagi, eeeii. baik kau masuk kolej ke ambik kemahiran ke. aku tak sanggup'

Dunia masa itu seakan terberhenti.
Nyawa aku yang tinggal sedikit kerana sesal dengan keputusan spm seolah diragut kasar oleh bahasa pedas yang tak terperasankan dia itu-- di satu masa yang lalu pada masa aku tanyakan pendapat dia tentang fikir-fikir aku yang sewaktu itu, teringin untuk mencuba sekali lagi.
Dan jawapan pendek itu.
Menjadi kunci yang terus memanggakan hati kepala.

'takpe. cakaplah. kau tengok nanti'

Ini.
Cakap-cakap yang terbelit dalam lidah aku.
Tak termampu aku ucap.
Dan cuma senyum angguk pahit sahajalah yang termampu aku kasikan pada masa itu.

Sebab takut jugak aku kalau aku bercakap besar depan-depan.
Penyudahnya aku tak berjaya.
Malu besar aku nanti.
Dan mungkin akan bertambah patah hati.
Kihkihkih.

Alhamdulillah.
Percaturan Allah itu manis dan cantik.
Sejujurnya, aku all out macam nak gila adalah 3 bulan terakhir sebelum stpm.
Setahun yang sebelum itu.
Aku amat-amat seronok untuk berseronok-seronok.
Kahkahkahkah.

Terima kasih ya Allah, untuk ramadhan itu.
Yang sampai bila-bila.
Tak akan aku lupa.
Yang mungkin.
Malam ajaib itu.
Malaikat mengangkat doa-doa ku terus kepadaMu.
Kerana kasihankan aku yang sampai melepek lembek menadah tangan hendakkan kejayaan yang tak pernah aku rasakan.
Mata sampai tak termampu celik.
Menangis mengongoi macam hilang nyawa.
Minta dikabulkan mimpi yang satu itu.
Minta dimudahkan impian untuk mengukir senyum bonda ayahanda.
Dan betapa Allah itu.
Tuhan yang Maha Memberi.
:)

Sebak tiba-tiba.

Jadi anak-anak.
Kau fikirlah bagus-bagus.
Dalam pada kau berfikir tu.
Dua benda je kena ada dalam kepala kau sebenarnya.

KAU SUKA.
DAN KAU BOLEH BAWAK.

Tak kisahlah belajau kat mana.
Hak kau nak tentukan.
Yang penting isinya.

Ramai je kawan-kawan aku amek kemahiran.
Berjaya.
Sambung kolej.
Berjaya.
Masuk poli.
Berjaya.
Dapat matrik.
Berjaya.
Diterima universiti awam.
Berjaya.
IPG ?
Dah pakai nissan semua dah.

Dan STPM.
Juga berjaya.

Malah.
Tak aku lupakan.
Kawan-kawan yang terus berkerja.
Masuk ATM, PDRM, NAVY.
Semua dah handsome sekarang ada honda atas jalan.
Kihkihkih.

Semorang berjaya pasal semorang berusaha.
Tu je cerita dia.

Pokok pangkalnya--
MINAT DAN NIAT.

Engkau kalau takde dua benda ni.
Kau sambung belajau ke negara omputeh sana pon tak ada guna.
Jelas anak-anak ?

Maka.
Selamat membuat keputusan terbagus untuk hidup okay.
Dan aku--
Sudah habis membebel.

Sekarang masanya untuk kau fikir dalam-dalam.
Doa aku.
Mudahan kemana jua kau bawa dua kaki itu bersama.
Berjayalah juga nanti yang Allah kurnia.

Love and hugs--
Cikgu Deel

:)



Aku nak bubuh gambar masa diumumkan antara tiga terbaik dalam daerah Mersing sebenarnya.
Atas pencapaian aku dalam stpm yang memang aku pukul habis.
Yang juga pertama kali menerima ucap tahniah daripada mantan TPM Malaysia pada masa itu.
 Di atas pentas keramat itu.
Bersaksi ribuan mata.
Dan senyum bahagia ayah bonda.
Dan diserahkan sebuah laptop juga ringgit malaysia sebagai ganjaran.
Tapi betapa malang.
Abang bukanlah jurugambar yang bagus pada masa itu.
Dan aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. 
Gicccuuu.

So nah ni.
Gambar dengan pasaan paling ohsem.
Dengan hestek dihati #KakakDahGradWoi

Tapi.
Tak posting lagi.

Okay takpe.
Pasal posting dan rezeki.
Dalam next entry barangkali.

Till meet again, kids.
And readers.

:)



No comments:

Post a Comment